> Seorang anak mendapatkan ibunya yang
> sedang sibuk menyediakan makan malam
> di dapur lalu menghulurkan sekeping
> kertas yang bertulis sesuatu.
> Si ibu
> segera mengesatkan tangan di apron
> menyambut kertas yang dihulurkan oleh
> si anak lalu membacanya.
> Kos upah
> membantu ibu:
> 1) Tolong pergi kedai : RM4.
> 00
> 2) Tolong jaga adik : RM4.
> 00
> 3) Tolong buang sampah : RM1.
> 00
> 4) Tolong kemas bilik : RM2.
> 00
> 5) Tolong siram bunga : RM3.
> 00
> 6) Tolong sapu sampah : RM3.
> 00
> Jumlah : RM17.
> 00
>
> Selesai membaca, si ibu tersenyum
> memandang si anak sambil sesuatu
> berlegar-legar si mindanya.
> Si ibu
> mencapai sebatang pen dan menulis
> sesuatu di belakang kertas yang sama.
>
> 1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan -
> PERCUMA
> 2) Kos berjaga malam kerana menjagamu -
> PERCUMA
> 3) Kos air mata yang menitis keranamu -
> PERCUMA
> 4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu -
> PERCUMA
> 5) Kos menyediakan makan minum, pakaian,
> dan keperluanmu -PERCUMA
> Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku -
> PERCUMA
>
> Air mata si anak berlinang setelah
> membaca apa yang dituliskan oleh si
> ibu.
> Si anak menatap wajah ibu,
> memeluknya dan berkata, "Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.
jenis2 perasaan semua lapisan masyarakat
0 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)